| |
| PRODUK RAJAWALI MARKETING & TRADING |
Pihak syarikat telah menghasilkan beberapa produk bio untuk penternakan ikan keli bio bagi meningkatkan kualiti ternakan ikan keli para penternak yang sedang mengusahakan perniagaan jenis ini.
Kami telah pun mengeluarkan 3 jenis iaitu:
1) BIO BOOSTER
2) BIO BOOSTER PLUS
3) BIO BOOSTER GOLD |
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A) BIO BOOSTER

Lebih sinonim dengan makanan organik untuk tumbesaran ikan keli bio anda, produk ini telah kami uji pada ternakan kami dan ternyata ia membantu untuk:
1) Menggalakan pertumbuhan plankton.
2) Baik untuk tumbesaran ternakan hortikultur.
3) Membantu pertambahan peredaran oksigen dalam air.
4) Menggantikan dedak sebagai makanan utama.
5) Mewujudkan microflora untuk makanan ternakan hortikultur.
6) Mengawal ammonia dalam air.
Pihak Rajawali Marketing & Trading menyarankan mencuba produk ini dan lihatlah hasil yang akan anda perolehi. Secara asasnya, diketahui semua habitat ikan keli adalah di paya, sungai dan lombong. Dengan teknik terkini habitat tersebut cuba diaplikasikan semula ke dalam kolam ternakan dengan kaedah yang hampir sama.
Yang menjadi persoalannya, bagaimana ikan keli paya, sungai atau lombong ini boleh hidup tanpa diberi makan??? Habitat semulajadi ikan keli kaya dgn zooplankton, algae, lumut dan cacing. Oleh itu makanan organik mengandungi sumber-sumber tertentu yang menggalakkan pertumbuhan organisma2 yang menjadi sumber pemakanan ikan keli ini.
Di samping air dan ikan keli yang tidak berbau kami juga mendapati kadar pertumbuhan ikan adalah lebih tinggi dari ikan yang diberi makan pallet setiap hari.
Para pengguna tidak perlu risau tentang status halal makanan organik kami kerana ia telah diproses 100% oleh oleh orang Islam.
CARA PENGGUNAAN
Perlu ditaburkan secara sekata selepas anda menjalankan proses penyediaan pasir dalam kolam ternakan ikan keli.
Kadar yang diperlukan adalah 1beg (10kg) untuk memenuhi keperluan 5,000 hingga 6,000 anak benih ikan keli selama tempoh penternakan dijalankan sehingga matang.
Kuantiti: 10 Kg/Beg
Harga Pasaran: RM200/Beg
Harga Pengedar: Hubungi Syarikat |
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
B) BIO BOOSTER PLUS
Produk kedua Rajawali Marketing & Trading ini juga dipanggil BB PLUS BIO yang merupakan salah satu senjata rahsia yang mampu membantu ikan keli bio anda membesar dengan SANGAT CEPAT, mengandungi formula rahsia yang HEBAT!!! Ia merupakan fermentasi bahan-bahan organik juga fermentasi baja organik. Selain itu, mengandungi nutrien & populasi mikroorganisma yang sangat tinggi berbanding kompos konvensional.
Apabila anda menggunakan BIO BOOSTER PLUS ini, antaranya ia akan:
1) Meningkatkan mutu dan struktur air.
2) Bersifat mesra alam.
3) Tanpa antibiotik, tanpa racun serangga, yanpa bahan merbahaya.
4) Menstabil khasiat air dan ph air.
5) Teknologi BB Plus Bio.
6) Sebagai salah satu agen penggalak pertumbuhan plankton.
Produk yang dinyatakan hanya boleh didapati dari Rajawali Marketing & Trading sahaja. Jika anda berminat boleh berbincang tentang Syarat & terma untuk menjadi wakil pembekal yang sah.
CARA PENGGUNAAN
Perlu ditaburkan secara sekata selepas anda menjalankan proses menabur & meratakan makanan organik (BIO BOOSTER) dalam kolam ternakan ikan keli.
Kadar yang diperlukan adalah 1beg (1kg) untuk satu kolam bersaiz 7 kaki x 16 kaki.
Kuantiti: 1 Kg/Beg
Harga Pasaran: RM15
Harga Pengedar: Hubungi Syarikat
|
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
C) BIO BOOSTER GOLD
Produk ketiga dan tidak kurang penting dalam penternakan ikan keli bio ini juga dikenali BBG Microbial Inoculant. Produk ini menggunakan bioteknologi, menggabungkan keistimewaan hortikultur bagi mengubahsuai asas probiotik. Pelbagai bakteria yang sempurna, melalui kemahiran proses fermantasi supaya bakteria-bakteria tersebut boleh dipilih menjadi sebahagian produk ini & mempunyai nutrisi bagi keperluan hortikultur.
BIO BOOSTER GOLD mampu meningkatkan pencernaan, penyerapan, dan keupayaan ketahanan kultur spesis supaya mengubahsuaikan kesihatan ikan keli bio anda.
Gunakan produk ini agar kualiti air menjadi lebih baik, ia juga akan menurunkan kualiti ammonia, nitrat dan pelbagai organik yang bertoksik lain. BIO BOOSTER GOLD menambah baik keadaan larutan oksigen air supaya kuantiti PLANKTON boleh ditingkatkan dalam air.
Selepas BIO BOOSTER GOLD dimasukkan didalam air, bakteria yang menyebabkan penyakit dapat dikawal supaya bakteria-bakteria dan plankton yang berguna boleh ditumbuh dan akhirnya menambah baik keseimbangan ekosistem hortikultur.
Penggunaan BIO BOOSTER GOLD ini terbukti berkesan di kolam tanah, kolam kanvas dan kolam simen terutama untuk ternakan ikan keli bio.
CARA PENGGUNAAN
Perlu dituangkan secara sekata selepas anda memasukkan air ke dalam kolam ternakan ikan keli.
Kadar yang diperlukan adalah 1botol untuk satu kolam bersaiz 7 kaki x 16 kaki.
Kuantiti: 1 liter/Botol
Harga Pasaran: RM20/Botol
Harga Pengedar: Hubungi Syarikat |
| |
| |
| |
|
|
|
|