PAKEJ TERNAKAN IKAN KELI RAJAWALI PLUS ( TEKNIK TERKINI )
Salam sejahtera kepada para pelawat www.ikan-keli.com
Sidang pelawat yang dihormati, "PENTERNAKAN KELI ADALAH KERJAYA PILIHAN" itulah slogan yang Rajawali Marketing & Trading ingin canangkan kerana sepanjang penglibatan kami telah terbukti penternakan ikan keli ini salah satu platform yang baik untuk dijadikan kerjaya.
Pada hemat www.ikan-keli.com, penternakan ikan-keli ini mampu memberikan pendapatan yang lumayan jadi pengasas webportal(www.ikan-keli.com) dan syarikat pengurusan(Rajawali Marketing & Trading) telahpun menjalankan penternakan ikan keli ini lebih dari satu tahun dengan teknik penternakan kolam kanvas biasa, maka dari sehari ke sehari kami manjalankan dan mencari apa sahaja kaedah terkini yang memudahkan.
Setelah dibincangkan, kami ingin mewar-warkan satu kaedah penternakan ikan keli kolam kanvas terkini yang lebih mudah dan dinamakan PAKEJ RAJAWALI PLUS:
a) Jika anda gunakan gred baik
keperluan pemakanan untuk satu
kolam adalah 1 beg.
TEKNIK TERKINI YANG SANGAT EFEKTIF
Teknik yang ikan-keli.com jalankan ini adalah salah satu cara penternakan yang sangat efektif dan amat mudah untuk dikendalikan oleh sesiapa jua & dengan konsep yang diperkenalkan ini tiada lagi masalah yang sering menghantui kerana:
1) Teknik ini mengurangkan kos pemakanan ikan keli kerana makanan organik diberikan sekali sahaja sepanjang 3 bulan penternakan.
2) Teknik terbaru ini juga mengurangkan juga menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di persekitaran tempat penternakan ikan keli ini kerana pasir yang terdapat dalam kolam kanvas membantu menyerap kekotoran.
3) Lebih menjimatkan iaitu tidak perlu penggantian air kolam kanvas secara rutin.
4) Kolam tidak perlu lagi ditutup kerana keladi bunting telah memainkan peranan penting menjadi tempat ikan keli berteduh. Digalakkan memasang jaring hitam.
5) Masa dapat dijimatkan, oleh kerana teknik ini sangat mudah jadi tidak perlu pemantauan yang sangat teliti keatas ikan keli yang diternak.
Gambar Struktur Ikan keli
KENAPA PERLU MEMILIH MENYERTAI KAMI
1) Setiap usahawan penternakan ikan keli yang berdaftar dengan kami akan diberikan pelbagai kemudahan seperti khidmat rundingan dan pelbagai fasiliti juga keistimewaan.
2) JAMINAN belian semula keatas ternakan ikan keli yang para peserta selepas 3 bulan.
3) Memberi keutamaan tempahan pembekalan anak benih ikan keli.